Profil Organisasi

 
  

JABATAN KERJA RAYA CAWANGAN KERJA MEKANIKAL PERAK

     JKR CKM Perak diwujudkan pada tahun 1966 yang dahulunya dikenali sebagai JKR Woksyop dan merupakan di antara jabatan yang paling penting di Jabatan Kerja Raya Perak di mana pejabat ini menjadi jabatan pelaksana untuk projek-projek negeri dan persekutuan bagi seluruh negeri Perak disamping menyelenggara jentera dan juga sistem mekanikal dalam bangunan.

Jabatan ini terdiri daripada 103 orang kakitangan yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Mekanikal J52. Jabatan ini juga di bahagikan kepada 4 bahagian iaitu :-

1- Bahagian Pentadbiran, Kewangan & Setor.

2- Bahagian Projek.

3- Bahagian SFM ( senggaraan fasiliti bangunan ).

4- Bahagian Woksyop.

Sejajar dengan hasrat untuk menjadi sebuah pejabat JKR Cawangan yang terunggul di JKR Perak Darul Ridzuan, kami komited untuk melaksanakan perkhidmatan secara proaktif, kreatif dan inovatif dalam bidang perundingan, pelaksanaan projek, senggaraan jentera / kenderaan dan fasiliti bangunan serta khidmat nasihat yang berkaitan dengan mekanikal untuk mencapai tahap kualiti bagi keselamatan, keselesaan dan kepuasan pelanggan dengan memberi penekanan kepada jangka masa secepat mungkin, kos yang ekonomikal dan rupa bentuk dan mutu yang terbaik.
 
 
Ini adalah bertepatan dengan objektif jabatan ini iaitu memberi khidmat dan nasihat dalam bidang kejuruteraan mekanikal yang berkualiti, selamat dan selesa serta melaksanakannya secara ekonomik mengikut jadual, segala projek dan perkhidmatan yang dikendalikan oleh JKR Perak dan jabatan-jabatan kerajaan di Negeri Perak Darul Ridzuan.