Perutusan Ketua Jurutera Mekanikal Negeri

Assalammualaikum...Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia & Salam Perak Aman Jaya.

Selamat datang ke Laman Portal Rasmi JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Perak.

JKR CKM Perak diwujudkan pada tahun 1966 dan merupakan di antara jabatan yang paling penting di Jabatan Kerja Raya Perak di mana pejabat ini menjadi jabatan pelaksana untuk projek-projek mekanikal negeri dan persekutuan bagi seluruh negeri Perak disamping menyelenggara jentera dan juga sistem mekanikal dalam bangunan.

Sejajar dengan hasrat untuk menjadi sebuah pejabat JKR Cawangan yang terunggul di JKR Perak Darul Ridzuan dan melaksanakan hasrat kerajaan untuk menuju ke arah negara maju, jabatan kami komited untuk melaksanakan perkhidmatan secara proaktif, kreatif dan inovatif dalam bidang perundingan, pelaksanaan projek, senggaraan jentera / kenderaan dan fasiliti bangunan serta khidmat nasihat yang berkaitan dengan sistem mekanikal untuk mencapai tahap kualiti bagi keselamatan, keselesaan dan kepuasan pelanggan dengan memberi penekanan kepada jangka masa secepat mungkin, kos yang ekonomikal dan rupa bentuk dan mutu yang terbaik.

Dengan melayari laman web ini, adalah diharapkan pelanggan JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Perak Darul Ridzuan akan dapat memperolehi maklumat dan aktiviti yang dijalankan oleh pejabat ini khasnya dan JKR Perak amnya.

Selamat melayari laman web JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Perak Darul Ridzuan.

Sekian. Terima kasih.

En. Ahmad Faizul Bin Yusop
Ketua Jurutera Mekanikal Negeri 
JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Perak

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.