Objektif, Visi Dan Misi Jabatan

OBJEKTIF JABATAN

Sebagai Perunding Utama kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Kerja Raya Perak berjanji untuk MENYERAHKAN PROJEK YANG MENEPATI KUALITI, MASA DAN KOS YANG TELAH DITETAPKAN.

MISI JABATAN

Misi Jabatan Kerja Raya Perak ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:

  1. Membantu pelanggan kami merealisasikan maklumat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
  2. Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
  3. Kami berusaha untuk menyediakan kualiti kehidupan yang lebih baik kepada semua kakitangan.
  4. Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
  5. Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
  6. Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
  7. Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
  8. Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.

MISI KORPORAT

Memberi khidmat dan nasihat teknikal kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam perancangan, rekabentuk dan kemudahan awam yang meliputi Jalanraya, Bangunan, Lapangan Terbang, Pelabuhan dan Pengkalan.

Jabatan Kerja Raya Perak berhasrat mencapai keunggulan dalam bidang teknikal bagi memenuhi matlamat pembangunan negara.

VISI JABATAN

Kami akan Menjadi Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dan Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Projek Dan Kejuruteraan Untuk Pembangunan Infrastruktur Negara Berteraskan Modal Insan Yang Kreatif Dan Inovatif Serta Teknologi Terkini.